Budi Permai

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dari Allah, kerana Allah, demi Allah, untuk Allah Insya Allah......

Usraty

Adik beradik kome dengan mak yg disayangi (gambar hari raya aidil fitri tahun 2006.



Kalu nak kenal disebelah ---) tu lah mak kome yg sentiasa disayangi dan diingati.....



Inilah gambar Ahmad Aqil kecik dulu..... cute kan ???

Ini member of ayah ngah (belah kome dema anak-anak sedara panggil ayah ngah), jumlah ahli ni kurang seorang sebab tika tu (2006) Ahmad Aqil tak dak lagi, hak tengah tu mak keh.

Isteriku bersama Ahmad Aqil kecik lg masa ni. Masa ni pegi Cameron Highlands, sebab SMK Benta (sekolah lama keh) buat meeting awal tahun dan family day kat sana, tahun 2007.


Aeiman bagi hadiah kpd Cikgu Tadika dia Cikgu Halimah, sempena majlis perpisahan pelajar tadika tahun 2006.


Pukul 3 petang, Kome dengan 4 org anak kome berkesempatan semalam melawat pameran polis sempena Program Mesra Polis, bukan main sakan anak-anak dpt melihat pelbagai pameran... tengoklah sebelah sakan mereka mencuba motor besar tu.....


pelbagai benda yg dpt disaksikan di sana sekali tengok seronok juga.... tapi kalau pegi kat pameran bahagian aksiden kereta.... fuyoo!! ngeri rasa, berdiri bulu roma kome......


kalau melawat boot senjata-senjata jenayah tu... memang diperhatikan kalau nak dijadikan senjata banyak benda boleh dijadikan senjata.....





...dulu di pameran senjata-senjata polis kita boleh pegang dan petik pistol-pistol yg dipamerkan sebab meka letak atas meja pameran secara berantai, tapi lo ni meka lekat dgn kat board diikat kemas..... jadinya tak leh lah nak main-main sikit..... yg ada kat meja hanya senjata-senjata berbentuk senapang, mesingun, m16....


.....pada kesempatan yg sama sempatlah juga kome cuba check saman kot-kot ada..... jeng! jeng! jeng! ada jugak rupanya.... berapa saman???
rahsia lah



kami sekeluarga balik dari pameran kul 4.00 lebih kurang......



... Manakala sebelah petang pulak, dekat-dekat pukul 5.20pm kome dgn 4 orang anak (temasuk Ahmad Aqil) telah pegi tengok persembahan kuda polis oleh Unit Berkuda Polis Kuala Lumpur yg diadakan di padang bola Maran (Padang Kompleks Sukan Maran)..... apa lagi sakanlah manusia masyarakat Maran yg datang.... penuh sesak oooo!



Berbagai aksi persembahan yg di sediakan...... seronoklah jugak sebabnya payah nak tengok kuda melompat secara life..... kalu tak tengok tv... sempatlah juga anak-anak kome bergambar dgn polis dan kudanya --)




.... akhirnya kami balik ke rumah kul 5.50 petang...

WARGA TUA, WARGA NILAM NEGARA

Tua mu tunas negara maju,
Kehidupan bertunjang pengorbanan warga silam
Datuk, nenek dan moyang
Mewarnai kegemilangan memori nilam
Warga berbudi, warga ku ini.

Warga ini,
Jasa dan penat lelahmu tidak disiakan
Dari dirimu lahir pemimpin yang unggul
Dari nasihatmu jiwa muda dilentur wibawa langkahnya
Dari suaramu negaraku menjemput suria mentari
‘Merdeka!’
Dari idemu anak bangsa mengecapi gemilang duniawi.

Warga tua bangsa ini,
Tuturkata klasik bukan mencerca tapi penuh makna coretan berita,
Ya! Berita tatkala diri muda ini lupa asal usulnya.
Ya! Berita buat panduan si remaja ini menempuh onak yang fana
Ya! Berita ceritera silam memulakan perjalanan yang tidak kesudahannya.

Warga lama, sesegar murni teguh harapan,
Kerna, warga ini walau tua pada usianya, namun semangat belum luntur dimamahnya.
Kerna, warga ini walau giginya tinggal dua, namun masih utuh mengunyah gula-gula manis kehidupan.
Kerna, warga ini walau rabun matanya, namun pandangan masih jauh menyelusuri sungai hidup.
Kerna, warga ini walau bertongkat tiga, namun masih gagah memegang panji-panji maruah negara.

Dirimu warga nilamku,
Pernah sebaris saf tinta
Mengukir corak dan megembur tanah pusaka
Buat pengganti pewaris negara,
Agar generasi datang menikmati juadah
Dan berkat usaha yang dihidangkan olehmu,
Sepanjang usia tanpa rasa jemu dan kecewa.

Wahai warga muda,
Mereka warga kita
Sayangi mereka, sayangi negara
Negara kita bermula dengan limpah peluh dan keringat mereka.


Wahai anak remaja,
Warga ini warga nilam kita
Bongkarlah pesaka pengetahuan mereka
Buat peringatan diri menempuh
Jalan berliku cabaran dunia.
Kutiplah hikmat-hikmat kata mereka
Buat benteng gangguan keparat si derhaka
Pacaklah paksi hidup bersama tunjang keyakinan
Yang dibajai titis darahnya
Taburlah rampai wangi, buat tanda syukur mulia mereka.

Duhai warga pewaris bangsa,
Jangan dinilai suatu budi dengan duitan yang porak peranda
Pengorbanan si tua ini bukan meginginkan pangkat
Ringgit Malaysia semata
Sekadar mengharapkan gunung keharmonian keamanan
Wawasan dikabulkan.

Jangan ditanya apa sumbangan mereka
Pada diri kita,
Dihitung tidak terkira
Dibalas tidak terdaya
Dibiar dimurkai kita

Sebab mereka adanya diri kita
Sebab mereka adanya bangsa
Sebab mereka menjadi musababnya……

Warga lama, tua dan nilam,
Warga berjasa, kenangan mekar
Wangi dalam jiwa dan raga.


Budi Permai 03’
27/8/2003 (12.33 PM)
SMKB

____________________________________________________________________
JASA MU DIKENANG
(Buat Puan Hajah Robiah binti Hassan)

Ustazah,
Kenangan ini pasti tugu ingatan
Abadi bersama kami corakkan
Pahat di hati agar hilang rinduya
nanti.
Namun jauh di mata di hati
pasti………….

Kata Sang Pujangga,

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati


Puan Hajah, Ustazah yang dihormati,
Keluarga mu keluarga kami
Kasih sayang mu kami semi
Bakti budi mu kami ingati
Bimbing nasihat mu kami turuti.

2004 tahun keramat memori pergi
Saat dan ketika ini
Sedih pasti jadi tatapi
Pilu bukan kami tangisi
Tapi hilang mutiara di sisi
Belum tahu macam mana yang diganti.
Harapannya sama walau tidak serupa.

Izinkan sata tutup puisi ini dengan catatan memoir buat kenangan abadi;

Hari Jumaat 26hb yang indah ini
Waktu petang yang indah berseri
Puan Hajah Ustazah pergi ke sana nanti
Jangan lupa warga SMKB di dalam hati.

Senyum ceria coretan budi
Puisi indah jadi kenangan
Ukiran tidak dapat diperi lagi
Hanya Jasa di kenang tanda ingatan.

Kata sang Puisi,

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau umur yang panjang
Boleh lah kita berjumpa lagi

Di gamit kenangan tahun 2001
Puan Hajah melangkakh kaki mengukir
kronologi catatan di SMKB

Puan Hajah,
Membawa dasr pimpinan bagai
Si ibu dengan anak-anak yang
dikasihi.
Amanat dan nasihat
tidak pernah kering diungkapi
demi kesejahteraan dan kecemerlangan
SMKB di rantau sini.

Hasrat di hati,
Ingin bersama Puan Hajah kekal
lama di sini,
kerna dirinya Sang ketua yang
tidak lekang tabur bakti
dan curahan budi.

Kata Puitis lingkaran madah,

Jadilah rasmi padi
Semakin berisi semakin rebah
Jangan jadi rasmi lalang
Dipukul angin kesitu kesini.

Diri mu bernama Ustazah,
Harapan murni sikap dan akhlak
Tegal disiplin anak didik
Generasi muka kan mulia
dan gemilang.

Ustazah,
Biar sepi kau serikan
Biar bingar kau rendahkan
Biar lemah kau gagahkan
Biar penat kau teruskan
Ustazah,
Kenangan ini pasti tugu ingatan
Abadi bersama kami corakkan
Pahat di hati agar hilang rinduya
nanti.
Namun jauh di mata di hati
pasti………….

Kata Sang Pujangga,

Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati


Puan Hajah, Ustazah yang dihormati,
Keluarga mu keluarga kami
Kasih sayang mu kami semi
Bakti budi mu kami ingati
Bimbing nasihat mu kami turuti.

2004 tahun keramat memori pergi
Saat dan ketika ini
Sedih pasti jadi tatapi
Pilu bukan kami tangisi
Tapi hilang mutiara di sisi
Belum tahu macam mana yang diganti.
Harapannya sama walau tidak serupa.

Izinkan sata tutup puisi ini dengan catatan memoir buat kenangan abadi;

Hari Jumaat 26hb yang indah ini
Waktu petang yang indah berseri
Puan Hajah Ustazah pergi ke sana nanti
Jangan lupa warga SMKB di dalam hati.

Senyum ceria coretan budi
Puisi indah jadi kenangan
Ukiran tidak dapat diperi lagi
Hanya Jasa di kenang tanda ingatan.

Sekian.

Budi Permai
26/3/04 (3.25 petang)
_______________________________________________________
BANGKAI BERNYAWA

Hidup tidak berguna !!!
Kenalkah mu kepada si Polan?
Bukan sesiapa tiada kaitan
Hidup atau mati insan semua.

Polan nama besar, megah, hebat
Dan berjaya asalnya.
Mulanya sekadar mencuba rasa
Dadah menyelit dalam memorinya.

Hidup tidak berguna !!!
Polan sudah pandai menipu Ibu dan Bapa
Sudah pandai ponteng kelas,
Sekolah lama tidak dijenguknya.
Sudah pandai berkawan dengan kutu rayau
Penuh kesan suntikan jarum pada diri mereka
Sudah pandai mencuri, merompak
Tiada rasa belas kemanusiaan
Asal dapat najis dadah yang perlu dibelanja.

Hidup tidak berguna !!!
Badan si Polan kusut, susut dan kering tinggal tulang
“Bangkai Bernyawa”lah adanya.

Hidup tidak berguna !!!
Tempat tidurnya longkang kotor
Bertemankan sang tikus, lipas dan kala jengking.
Serta rakan seperjuangannya.
Pakaian koyak rabak, berkaki ayam pula
Dirinya lagi tidak berguna menjadi
Sampah masyarakat dan negara.

Hidup tidak berguna !!!
Kesan luka suntikan heroin
Memenuhi badan dan lengannya.
Longlai dan lemah tidak bermaya
Bagai sehelai bulu kering bisa ditiup angin
Terbang ke mana saja tujunya.
Begitulah “Bangkai Bernyawa” akhirnya
Menjadi mayat kaku
tidak berdengup jantungnya.
Terbaring di tepi longkang busuk tidak terkira
Sedih tiada guna kerna itu jalan pilihannya.

Wahai insan insani,
Sedarlah, insaflah
Sebelum terlambat
Sebelum tergelincir
Sebelum terhumban
Sebelum kita menjadi si Polan tidak bernyawa.

Kembali kita kepada sejahtera
Kembali kita kepada bahagia
Kembali kita kepada agama

Catatan :
Maksud “Bangkai Bernyawa”;
Orang yang hidup tidak berguna
Sekian.
Budi Permai
03052007 (8.35am)

Kesyukuran

Kekadang bila teringat kpd diri, rupanya anugerah Allah kepada kita semakin hari semakin bertambah dan banyak. Benarlah firman Allah yg bermaksud "sekiranya hendak dihitung anugerah Allah tidak terhitung banyaknya"


Kesyukuran ku panjatkan kepada yg Maha Kuasa dan Maha Pemberi Rezaki.


Assalamualaikum wbrt...

Salam berkenalan utk sema yg rajin bukak blog ini, kalau apa2 khabor kat keh nanti boleh kongsi sama2.

Sebagai seorang muslim rasanya kita bertanggungjawab menyatakan teguran dan peringatan demi kebaikan semua. banyak yg kita perhatikan sekarang ini kita mudah lupa asalnya kita sebagai hamba Allah SWT mesti berperanan sebagai hamba yg taat dan patuh kpd-Nya, bila mana satu-satu perkara itu hukumnya halal maka kita mesti terima ia sebagai halal, begitulah sebaliknya sekiranya haram hukumnya maka jangan memandai-mandai menghalalkannya, kerana pastinya kita telah melakukan suatu dosa yg besar bahkan menyebabkan terhakisnya akidah murni yg dah duk ada dlm diri kita. memungkinkan kita terjerumus ke lembah kekufuran dan kemurtadan, minta dijauhi Allah perkara yg demikian.

Ingatlah kita tidak dpt lari dari hukum Allah SWT. sekiranya kita hendak melakukan kedosaan dan kemurkaan atau maksiat, Allah kata carilah dunia lain utk melakukannya jangan melakukannya di dunia ini kerana segala alam, bumi dan dunia ini adalah ciptaanNya. Bermakna jika hendak hidup di dunia ciptaanNya ini kita kena dan wajib patuh kpd peraturan dan hukum-hakam yg diturunkan kpd kita, jangan engkar kerana siapa kita sedangkan kita sendiri diciptaNya inikan pula hendak melawan kekuasaan dan kebesarannya, ibarat kata sudahlah menumpang mahu berlagak pula. Kita adalah insan ciptaan Allah SWT mempunyai kelemahan dan serba kekurangan yg mana kehidupan kita di dunia fana ini adalah pinjaman semata-mata serta diberi hanya sedikit rezeki olehNya, kalau hendak dibandingkan dengan limpahan syurgawi di akhirat nanti, jadi mengapa kita perlu berlumba-lumba dan berebut-rebut mengejar keduniaan yg tidak kemana ini, sepatutnya kita jangan 100% menumpukan segala jiwa dan raga kita kpd melakukan sesuatu yang tidak akan kekal pada kita. Sepatutnya dan semestinya kita lebih banyak kpd usaha dan ikhtiar kita kepada keredhaan dan keberkatan Allah SWT, kerana ganjaran dan nikmat yg menunggu di sana lebih bernilai dan penuh keseronokan.
Fikirkanlah....!!!

Taqwim Islam

Jam Islam

Zikrullah

Tentang Blog ini

Sebagai satu usaha belajar membina blog....!

Nak cuba buat blog layarilah www.blogger.com
senang je....

Akhukum fi Din

Nasyid Pilihan Sabu

Siapa.....?